CHEESE CAKE

Ada tak siapa2 yg mampu menolak cheese cake? cuba angkat tangan.. ok la..ni nak berkongsi ressepi kek yg menjadi Cake pilihan and sering di minta ajar untuk buat. Cake ni jugalah yg menjadi penghubung kepada keluarga yg terpenting dlm hidup...xpaham? he.,.tak pe. meh..baca ek.


                                       CHEESE CAKE MARIE
BAHAN-BAHAN
  • Butter cup yg kecil tu
  • Philadelphia cheese yg kecil tu..
  • 1 tin susu manis medium
  • 1 tin nestle cream
  • Roti marie 2 bungkus..pastikan marie yg kecil..
CARA BUAT
 campurkan semua bahan kecuali roti marie. dah pukul2 tu. ambil acuan utk kek. buat secara lapisan. setiap lapisan dipisahkan dgn roti marie yg disusun mcm kek batik. tapi..sebelum susun roti marie atas setiap lapisan, celupkan depan belakang roti marie dengan bahan yg dicampur tu supaya roti lembut. senangkan? setiap lapisan mesti la senipis2 yg boleh..tak apa kalau lapisan masih nampak permukaan roti marie sedikit... tapi pastikan lapisan permukaan yg paling atas biar la tebal sedikit. 



Mudah tak? cuba la k coz cake ni dapat banyak pujian. kalau tak faham...tanya je..


                                                            CHEESE CAKE


Bahan-bahan
• 125g cream cheese
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A• beberapa titik esen vanila/jus lemon

Cara-cara
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.